Teks Pidato Malaysia Tentang Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara
Pidato juga dikatakan sebagai penyampaian pikiran secara lisan di depan penonton atau pendengar. Tujuan pidato dapat dibagi menjadi tiga, yaitu:
- Informatif
Pidato informatif bertujuan untuk memberikan informasi kepada pembaca atau pendengar. Berupa petunjuk tentang sesuatu, pengarahan tentang masalah tertentu, dan penjelasan tentang obyek tertentu.
- Rekreatif
Pidato rekreatif bertujuan untuk menghibur para pendengar. Saat menyampaikan pidato, orator perlu menyelipkan beberapa hiburan, sehingga pidato yang disampaikan dapat tercapai.
- Persuasif
Tujuan pidato persuasif adalah untuk memengaruhi para pendengar. Pada saat menyampaikan informasi, orator perlu memengaruhi atau mengajak.
Sehingga informasi yang disampaikan dapat diterima dan dilaksanakan oleh pendengar dalam kehidupannya sehari-hari.
Berikut Contoh Pidatonya:
Teks Pidato Malaysia Tentang Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara
Assalamualaikum Wr.Wb
Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan murid-murid yang dihormati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan bertajuk Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara .
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu, perpaduan negara merupakan matlamat yang amat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, sama ada dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik.
Perpaduan amatlah penting dalam pembangunan dan pentadbiran negara kerana ia merupakan asas untuk mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Saudara-saudari yang dihormati sekalian,
Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang stabil.
Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan pemangkin kepada kecemerlangan negara. Dengan wujudnya perpaduan dan negara yang aman damai, kita mampu mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Kejayaan yang dicapai membolehkan kita menjadi bangsa yang bermaruah dan berdikari.
Hadirin yang dihormati,
Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan masalah. Rakyat yang berpecah-belah dan tidak bersatu-padu akan menyebabkan huru-hara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya. Keadaan ini pasti akan menjejaskan kedaulatan, ekonomi serta kestabilan negara.
Kita harus belajar dari peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang pernah melanda negara ini agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan rakyat negara ini telah tergugat akibat peristiwa pahit itu.
Sebagai langkah untuk menyatu-padukan rakyat negara ini, kerajaan telah melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara merupakan kunci untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum negara ini. Jadi, rakyat negara ini harus berusaha untuk membentuk satu bangsa yang bersatu padu, setia dan cinta akan negara.
Para Hadirin yang dikasihi,
Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara .
Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikan perpaduan rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Perpaduan negara ini adalah tanggungjawab kita bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan kita semua. Oleh itu, kita harus sentiasa bersatu-padu dan hidup dalam berharmoni.
Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan pantun berikut :
Tasik Chini dipenuhi bunga,
Ada cerita terdapat naga;
Negara diancam huru-hara,
Perpaduan dengan Rukun Negara.
Sungai Pahang berjela-jela,
Naik rakit merentas desa;
Demi rakyat negara tercinta,
Perpaduan tonggak 1 Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Kepentingan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat .
Hadirin sekalian,
Amalan gaya hidup sihat boleh didefinisikan sebagai amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia.
Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Jadi, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh sekurang kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini diibaratkan sediakan payung sebelum hujan supaya seseorang itu dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan menjadi sihat melalui aktiviti senaman.
Selain itu, amalan ini juga dapat melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang mengikut hierarki piramid makanan. Hal demikian dapat menjadi tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan.
Sebagai contoh, seseorang perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis dan tekanan darah tinggi dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan.
Selain itu, langkah pemulihan perlu dilakukan dengan segera. Hal ini kerana alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru tergadah.
Akhirnya, ingin saya tegaskan di sini bahawa amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk menjamin kebahagiaan hidup. Jadi, setiap individu perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk kekal hidup dengan bahagia kerana kesihatan melambangkan kebahagiaan.
Sekian, terima kasih.
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Masyarakat Berilmu Negara Maju .
Hadirin yang saya hormati,
Saya pasti bahawa tidak ada sesiapa pun yang akan menafikan kepentingan ilmu dalam kehidupan. Ilmu sebagai pelita hati, iaitu merupakan sinar yang dapat memberikan panduan dalam kehidupan manusia. Ilmu juga merupakan asas kepada kemampuan seseorang untuk mengetahui kebenaran sesuatu perkara. Melalui ilmu jugalah kita akan dihormati dan disanjung tinggi.
Hadirin sekalian,
Ilmu dapat diperoleh sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ilmu secara
langsung dapat kita peroleh daripada tadika hinggalah ke menara gading manakala ilmu secara tidak langsung dapat kita peroleh melalui pelbagai sumber termasuklah pembacaan dan pengalaman kita. Dalam hal ini, rakyat Malaysia sebenarnya amat mudah untuk memperoleh ilmu. Hal ini demikian kerana kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk rakyat seperti perpustakaan awam. Oleh itu, masyarakat sepatutnya mengambil peluang ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin.
Masyarakat yang tidak berilmu lebih mudah dipandang rendah atau akan berasa rendah diri apabila berhadapan dengan golongan masyarakat yang lebih berilmu. Sesungguhnya, negara-negara seperti Jepun, Korea, German, Amerika Syarikat dan sebagainya menjadi maju bukanlah disebabkan negara tersebut mempunyai hasil bumi yang banyak, tetapi disebabkan oleh sikap rakyatnya yang mementingkan ilmu pengetahuan. Dengan ilmu yang dimiliki itu, mererka memajukan negara masing-masing.
Jadi, masyarakat yang berilmu merupakan masyarakat yang sentiasa berfikir untuk
meningkatkan kemajuan. Mereka berusaha mencari idea-idea baru bagi meningkatkan kemajuan dan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik untuk orang ramai. Hal ini dapat dibuktikan dengan lahirnya ciptaan-ciptaan baru dalam kalangan rakyat yang cintakan ilmu ini.
Selain itu, orang yang berilmu bukan sahaja berfikiran kritis dan kreatif tetapi juga mampu membezakan antara perkara yang baik dengan yang tidak baik. Mereka sentiasa berfikiran rasional dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Peranan memajukan sesebuah negara terletak di bahu rakyatnya sendiri. Rakyat yang dahagakan ilmu akan berusaha untuk mencari ilmu walau di mana sahaja ilmu itu berada. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China . Di sini jelaslah bahawa kepentingan ilmu dalam kehidupan manusia dan kukuhnya ilmu dalam masyarakat dapat menggambarkan kepesatan kemajuan sesebuah negara.
Sekian, terima kasih.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Faedah-faedah Kitar Semula .
Hadirin sekalian,
Pelbagai bahan terbuang seperti kertas, tin minuman, surat khabar dan sebagainya boleh dikitar semula menjadi bahan atau alat yang berguna. Oleh yang demikian, kita seharusnya tidak membuang bahan-bahan yang telah digunakan tersebut begitu sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Bekas yang diperbuat daripada plastik, kaca atau aluminium yang telah digunakan boleh dikumpul dan dijual semula untuk diproses menjadi bahan baharu.
Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak langsung akan dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Cara ini dapat mengurangkan sampah sarap yang berbau busuk berlonggokan di sana-sini yang menyakitkan mata. Kesannya, alam sekitar kita menjadi lebih bersih, berudara segar dan dapat mengurangkan masalah kesihatan kita semua.
Hadirin sekalian,
Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas, surat khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit sebanyak akan membantu menampung perbelanjaan kita seharian.
Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan kawasan yang luas bagi tujuan pelupusan sampah sarap. Dengan kitar semula, kita dapat menjimatkan ruang kawasan pelupusan sampah. Kawasan itu sebaliknya boleh dibangunkan untuk perkara lain seperti dijadikan kawasan perumahan dan sebagainya.
Sebagai kesimpulan, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang barang-barang yang terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita mestilah bekerjasama mengitar semula bahan-bahan yang kita telah gunakan dengan mengumpul barang-barang tersebut supaya dapat dikitar semula untuk menjadi bahan yang lebih berfaedah serta dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Sekian, terima kasih.
Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan syarahan pada pagi ini.
Jauh Berjalan Banyak Pengalaman itulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan. Mengapa manusia sejak zaman dahulu lagi suka mengembara ? Ini adalah kerana mereka ingin mengetahui apa-apa yang ada di tempat lain. Mereka ingin tahu sama ada tempat itu sama dengan tempat mereka.
Para hadirin yang dihormati,
Mengembara adalah satu cara untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman kita. Pengalaman yang kita peroleh bolehlah kita bukukan dan menjadi panduan kepada pengembara-pengembara yang lain.
Manusia telah mengembara sejak zaman dahulu lagi. Angkasawan-angkasawan Amerika dan Rusia telah berlumba-lumba pergi ke angkasa lepas dengan roket hingga sampai ke bulan untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang angkasa lepas.
Para hadirin yang dihormati,
Pada hari ini, kerajaan kita menggalakkan rakyat mengembara atau melancong di dalam negeri dahulu sebelum melawat ke luar negeri. Misalnya penduduk di pantai barat digalakkan ke negeri-negeri di sebelah pantai timur dan sebaliknya. Dengan cara ini boleh menambahkan pengalaman seseorang itu tentang cara hidup penduduk di negeri lain.
Akhir kata, mengembara bukan sahaja memberi keseronokan tetapi juga menambahkan pengalaman kita bak kata pepatah, Lama hidup banyak pengalaman, jauh berjalan luas pandangan .
Sekian, terima kasih.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi menegakkan kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan. Selamat pagi saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak .
Hadirin yang dihormati,
Kanak-kanak seperti kain putih. Terpulanglah kepada cara didikan ibu bapa untuk membentuk anak mereka. Jika ibu bapa ingin melihat anak mereka minat membaca buku, maka biasakanlah diri mereka dengan buku-buku. Ibu bapa mestilah memperuntukkan sejumlah wang pada setiap bulan untuk membeli buku bagi anak-anak mereka. Penuhkanlah bilik mereka dengan pelbagai jenis buku. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke kedai buku atau ke pameran buku jika berkesempatan.
Selain itu, ibu bapa dan anggota keluarga yang lain juga perlu menjadi contoh kepada anak mereka dalam semua perkara. Jika anggota sesebuah keluarga suka membaca buku, maka tidak hairanlah anak mereka juga akan suka membaca buku. Ibu bapa mestilah mengurangkan hobi lain dan pupuk minat membaca buku atau majalah agar anak-anak menanam tabiat suka membaca buku yang ditonjolkan oleh ibu bapa.
Tambahan pula, ibu bapa yang prihatin terhadap perkara ini, mereka bolehlah mengambil inisiatif untuk menanam minat membaca pelbagai bahan bacaan dalam kalangan anak mereka. Bacakan buku untuk anak mereka sebelum mereka tidur. Cara ini menyebabkan anak-anak mereka dapat menyimpan perkara terakhir sebelum tidur.
Di samping itu, ibu bapa atau orang yang terdekat boleh memberi hadiah atau pujian kepada kanak-kanak sebagai galakan. Hal ini dapat merangsang minat kanak-kanak untuk membaca dengan lebih kerap lagi. Hadiah yang diberi semasa menyambut keramaian seperti hari jadi juga mestilah berupa buku yang menjadi idaman atau kegemaran anak-anak.
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengatakan bahawa jika hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungnya .
Sekian, terima kasih.
Contoh Naskah Pidato Singkat dalam Berbagai Tema
- Contoh Pidato Tentang Kenakalan Remaja Terbaru
- Contoh Pidato Bahasa Inggris Tentang Kesehatan Bahaya Rokok
- Contoh Pidato Singkat Tentang Narkoba Terbaru dan Singkat
Banyak sekali Contoh pidato yang tersedia disini dari Contoh pidato
bahasa jawa, Contoh Pidato Bahasa Sunda, contoh pidato bahasa inggris
singkat, contoh pidato bahasa inggris tentang pendidikan
,contoh
pidato bahasa inggris tentang covid-19, pidato bahasa inggris tentang
akhlak, contoh pidato bahasa inggris singkat tentang islam, pidato
bahasa inggris singkat tentang pendidikan, contoh pidato bahasa inggris
tentang lingkungan, contoh pidato bahasa inggris tentang menjadi diri
sendiri, contoh pidato bahasa jawa tentang pendidikan, contoh pidato
bahasa jawa tentang covid-19, contoh pidato bahasa jawa tentang
perpisahan, contoh pidato bahasa jawa tentang menuntut ilmu, contoh
pidato bahasa jawa tentang kesehatan, pidato bahasa jawa tengah, pidato
bahasa jawa krama, pidato bahasa jawa singkat tentang kebersihan .
Orang lain juga menelusuri
- impromptu adalah
- jelaskan tujuan orang melakukan pidato
- bagaimana konsep urutan dari isi pidato
- bagaimana melakukan pidato dengan baik
- sebutkan langkah-langkah menulis pidato
- sebutkan metode pidato
- contoh pidato lisan
- contoh pidato tentang lingkungan
- contoh pidato tentang covid-19
- contoh pidato perpisahan
- contoh pidato islami
- contoh pidato pendidikan
- contoh pidato yang menarik dan tidak membosankan
- contoh pidato persuasif
Posting Komentar untuk "Teks Pidato Malaysia Tentang Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara"