Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Contoh Pidato Bahasa Malaysia Tajuk Pemantapan Budaya Keusahawanan

 


Pidato adalah suatu ucapan dengan susunan yang baik untuk disampaikan kepada orang lain dalam jumlah yang banyak . contoh pidato yaitu pidato kenegaraan, pidato pembangkit semangat, pidato peringatan hari sumpah pemuda dan lain sebagainya.Pidato yang baik dapat memberikan suatu kesan positif bagi orang-orang yang mendengar pidato tersebut. Kemampuan berpidato atau berbicara yang baik didepan upublik atau umum dapat membantu untuk mencapai jenjang karir yang baik.Kumpulan Pidato Lengkap

 

Pidato juga dikatakan sebagai penyampaian pikiran secara lisan di depan penonton atau pendengar. Tujuan pidato dapat dibagi menjadi tiga, yaitu:

  • Informatif

Pidato informatif bertujuan untuk memberikan informasi kepada pembaca atau pendengar. Berupa petunjuk tentang sesuatu, pengarahan tentang masalah tertentu, dan penjelasan tentang obyek tertentu.

  • Rekreatif

Pidato rekreatif bertujuan untuk menghibur para pendengar. Saat menyampaikan pidato, orator perlu menyelipkan beberapa hiburan, sehingga pidato yang disampaikan dapat tercapai.

  • Persuasif

Tujuan pidato persuasif adalah untuk memengaruhi para pendengar. Pada saat menyampaikan informasi, orator perlu memengaruhi atau mengajak.

Sehingga informasi yang disampaikan dapat diterima dan dilaksanakan oleh pendengar dalam kehidupannya sehari-hari.

 

Persiapan pidato

Sebelum berpidato didepan umum ada hal-hal yang perlu diperhatikan dan siapkan diantaranya adalah

  1. Mengetahui wawasan pendengar pidato secara umum
  2. Mengetahui lama waktu atau durasi pidato yang akan dibawakan.
  3. Menyusun kata-kata yang mudah dipahami dan dimengerti.
  4. Mengetahui jenis pidato melalui tema acara,
  5. Menyiapkan bahan-bahan dan perlengkapan pidato dan lain sebagainya.


Kriteria Berpidato yang Baik

  1. Isinya sesuai dengan apa yang sedang berlangsung
  2. Bermanfaat bagi pendengar
  3. Isinya jelas dan benar serta objektif
  4. Menggunakan bahasa yang mudah dimengerti
  5. Tersampaikan secara baik dan benar


Berikut Contoh Pidatonya:

 


Contoh Pidato Bahasa Malaysia Tajuk Pemantapan Budaya Keusahawanan

 

 Titipan terima kasih buat pengacara majlis, barisan panel hakim yang berpaksikan keadilan, sidang hadirin aspirasi Negara sekalian.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Tanggal 13 Jun 2011, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan 9 inisiatif baru di bawah Transformasi Ekonomi Negara yang membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion dan memberi impak kepada pendapatan Negara kasar sebanyak RM18.67 bilion serta mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2012. Salah satu penyumbang dalam kemajuan ekonomi Negara ialah para usahawan muda yang semakin ramai ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Usahawan terkemuka Negara seperti Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri Ananda Krishnan dan Tan Sri Azman Hashim memulakan usaha mereka sejak pada usia muda lagi yang berpegang pada prinsip kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Sirat nirwana inilah yang membawa saya dengan penuh iltizam untuk menyampaikan tinta dan wacana para sarjana melalui mauduk pidato Pemantapan Budaya Keusahawanan Mampu Meningkatkan Kemajuan Ekonomi Negara . Sebelum kata terungkai, sebelum madah terucap, definisi frasa saya jelaskan.

Menurut kamus dewan edisi ke-4 , pemantapan budaya boleh didefinisikan sebagai satu usaha penstabilan dan pengukuhan tamadun, cara hidup atau pegangan. Manakala, keusahawanan merupakan kebolehan individu mengurus sumber yang ada untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan bagi kemakmuran masyarakat dan memacu pertumbuhan ekonomi Negara. Generasi muda ialah generasi Y yang melangkah kealam dewasa. Meningkatkan kemajuan ekonomi negara bererti mendorong kearah kepesatan pertumbuhan pndapatan negara.

Sidang pendengar, penggerak wawasan.

Indikator saya yang pertama di bawah lembayung kata, pemantapan budaya keusahawanan akan melahirkan generasi muda yang bersikap inovatif dan kreatif. Hal yang demikian dapat dilihat menerusi aktiviti dan program yang dijalankan di peringkat sekolah sepertimana aktiviti jualan kelab pelaburan bijak atau kelab pembangunan usahawan muda. Para pelajar yang menjadi usahawan muda sentiasa didorong untuk menjual produk baru yang belum ada di pasaran sekolah sama ada di kantin atau koperasi. Menerusi sikap inovatif dan kreatif itu juga usahawan muda ini mampu menghasilkan kelainan dari segi pembungkusan dan pemasaran.

Dalam memenuhi citarasa pengguna, usahawan muda perlu mengambil kira 4 elemen penting dalam strategi perniagaan iaitu promosi, harga, tempat dan produk. Dengan itu, usahawan muda berpotensi meningkatkan permintaan agregat dan meluaskan pasaran hingga ke peringkat global.

Tuntasnya, pembudayaan keusahawan membolehkan usahawan yang inovatif dan kreatif menggemblengkan idea dan tenaga serta memanfaatkan potensi, reputasi dan sumber yang ada untuk kemajuan ekonomi Negara.

Sidang pendengar, pendokong kemajuan.

Indikator yang kedua, di bawah nirmala kata pemantapan budaya keusahawanan mendorong generasi muda untuk mengurus semula keuntungan dengan budaya menabung seterusnya melabur kerana budaya keusahawanan itu sendiri menerap nilai berjimat-cermat dan sediakan payung sebelum hujan.

Usahawan muda yang berjaya mestilah bijak  membuat belanjawan daripada setiap keuntungan yang diperoleh dan memperuntukkan sebahagiannya untuk tabungan. Menurut teori Ekonomi Keynes, kita menggunakan wang untuk tiga tujuan, perbelanjaan terhadap barang-barang dan perkhidmatan, awasan terhadap perkara luar jangka serta spekulasi atau pelaburan iaitu menambah nilai wang yang sedia ada.Ahaaaa.jangan jadikan peluang pelaburan di Permodalan Nasional Berhad sebagai kos lepas.

Sidang pendengar,pejuang kecemerlangan.

Indikator yang ketiga, dibawah lembayung kata pemantapan budaya keusahawanan membentuk generasi muda yang berfikiran jauh, berani menghadapi risiko serta kuat jati diri. Kata orang, kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai. Keberanian golongan muda menceburkan diri dalam bidang keusahawan merupakan sesuatu yang perlu dipuji. Anak pintar merupakan topik yang menarik perhatian ibu bapa, tetapi anak sebagai usahawan muda pintar jarang sekali diketengahkan sebagai landasan asas membina jati diri. Konsep melipatgandakan sumber yang ada perlu dilakukan berterusan oleh generasi muda.

Secara tidak langsung, pemantapan budaya keusahawan akan mengatasi masalah pengangguran dan meluaskan peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan KDNK dan pendapatan per kapita Negara.

Sidang pendengar, harapan Negara.

Indikator saya yang keempat, pemantapan budaya keusahawanan mampu mengekang masalah ekonomi seperti mengekang inflasi dan menepati konsep guna tenaga penuh kerana pada yang sama akan memaksimumkan penggunaan sumber. Usahawan muda yang bercita-cita tinggi menganggap persaingan sebagai cabaran dalam menyediakan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengguna. Budaya persaingan mampu meningkatkan kualiti barangan, memberi banyak pilihan serta menurunkan harga. Sebagai contoh, perniagaan menerusi internet yang  bersifat interaktif kerana usahawan muda mendengar pendapat dan pandangan pengguna yang boleh diguna pakai dalam penghasilan produk.

Sidang pendengar, berpanjikan 1 Malaysia.

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di sungai, ayuh kita mantapkan budaya keusahawan  sebagai wawasan dan terus majukan diri, kerana yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Pemantapan budaya keusahawanan mampu memacu kecemerlangan ekonomi Negara pada marcapada ini.

Sekian, Assalamualaikum.

 

 Contoh Naskah Pidato Singkat dalam Berbagai Tema

 

 

Banyak sekali Contoh pidato yang tersedia disini dari Contoh pidato bahasa jawa, Contoh Pidato Bahasa Sunda, contoh pidato bahasa inggris singkat, contoh pidato bahasa inggris tentang pendidikan
,contoh pidato bahasa inggris tentang covid-19, pidato bahasa inggris tentang akhlak, contoh pidato bahasa inggris singkat tentang islam, materipedia.my.id, pidato bahasa inggris singkat tentang pendidikan, contoh pidato bahasa inggris tentang lingkungan, contoh pidato bahasa inggris tentang menjadi diri sendiri, contoh pidato bahasa jawa tentang pendidikan, contoh pidato bahasa jawa tentang covid-19, contoh pidato bahasa jawa tentang perpisahan, contoh pidato bahasa jawa tentang menuntut ilmu, contoh pidato bahasa jawa tentang kesehatan, pidato bahasa jawa tengah, pidato bahasa jawa krama, pidato bahasa jawa singkat tentang kebersihan .

 

Orang lain juga menelusuri

  • impromptu adalah
  • jelaskan tujuan orang melakukan pidato
  • bagaimana konsep urutan dari isi pidato
  • bagaimana melakukan pidato dengan baik
  • sebutkan langkah-langkah menulis pidato
  • sebutkan metode pidato 
  • contoh pidato lisan
  • contoh pidato tentang lingkungan
  • contoh pidato tentang covid-19
  • contoh pidato perpisahan
  • contoh pidato islami
  • contoh pidato pendidikan
  • contoh pidato yang menarik dan tidak membosankan
  • contoh pidato persuasif

 

Posting Komentar untuk "Contoh Pidato Bahasa Malaysia Tajuk Pemantapan Budaya Keusahawanan"